KOPERASI SMK TANSAU BERHAD

Selamat datang Ke Laman web KOPERASI SMK TANSAU BERHAD

Selamat datang ke
KOPERASI SMK TANSAU BERHAD

MUAFAKAT MANFAAT BERSAMA

"MEMUPUK SEMANGAT PERPADUAN MELALUI AKTIVITI KOPERASI SEKOLAH"

Penubuhan Koperasi SMK Tansau Berhad telah bermula pada 4 Mei 2001. Pada peringkat awal penubuhan, koperasi hanya ada satu lot kedai kecil yang beroperasi untuk menyediakan barang dan keperluan para pelajar. Koperasi SMK Tansau Berhad telah didaftar dengan nombor pendaftaran S-1- 667 dan telah menjadi ahli ANGKASA pada 15 Disember 2005. Koperasi SMK Tansau Berhad telah mengalami pelbagai fasa pengubahsuaian bagi membesarkan lagi kedai koperasi sedia ada bermula pada tahun 2014 sebaik Sahaja Puan Hajah Siti Salmiah binti Hj. Samaie (Pengetua Cemerlang SMK Tansau Penampang) menjadi pengerusi koperasi mulai 7 Julai 2014. Semenjak itu, pelbagai kemenangan telah diraih daripada peringkat negeri hingga ke peringkat kebangsaan seperti Anugerah Koperasi Cemerlang 5 Bintang pada tahun 2015 sempena Sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) anjuran ANGKASA. Pencapaian paling membanggakan apabila koperasi mengungguli koperasi di negeri Sabah dengan penganugerahan Koperasi Sekolah Terbaik Negeri Sabah 4 tahun berturut-turut sejak 2015 hingga 2018, seterusnya Naib Johan Koperasi Cemerlang sempena AKKS 2018 peringkat kebangsaan. Dari segi turn over, sasaran RM 1 Juta menjelang tahun 2020 telah dicapai 2 tahun lebih awal apabila koperasi mencapai RM 1, 201, 178.27 pada tahun kewangan teraudit oleh pihak SKM berakhir pada 31 Disember 2018. Kini, warga SMK Tansau boleh berbangga kerana koperasi telah menjadi ‘bench mark’ kepada sekolah-sekolah lain di seluruh negara melalui perkhidmatan PKS sejak 2017. Malah pelancong dari luar negara seperti Jepun, India, China dan Korea telah berkunjung ke Koperasi SMK Tansau Berhad.

0 ANGGOTA
Pengumpulan SKU Produk Anggota ANGKASA
0   RM
Sasaran Transaksi Jualan 2023-2024